Akmal  persoal kenyataan Khalid

SEPANG 0 Feb . – “Apa salah saya sampai dikatakan sebegini,” demikian reaksi Ketua Pemuda UMNO,  Dr Akmal Salleh terhadap kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang menyifatkan pandangannya sebagai satu ‘kegilaan’. Menerusi hantaran ringkas di media sosial, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan bahawa beliau hanya memberikan pandangan untuk partinya sendiri tanpa menyentuh mana-mana parti lain. “Bila kita beri pandangan untuk parti sendiri tanpa sentuh parti orang lain dianggap kita gila pula. Apa salah saya sampai dikatakan sebegini. Moga ALLAH SWT berikan yang baik-baik untuk pak cik…

Read More

Kongres khas tentukan kedudukan DAP

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Lebih 4,000 perwakilan Kongres khas Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 12 Julai ini akan menentukan sama ada pemimpin mereka dalam kerajaan harus berundur atau sebaliknya. Setiausaha Agung DAP,  Anthony Loke, menyifatkan kongres itu sebagai “referendum dalaman”. yang memberi kuasa penuh kepada perwakilan menentukan hala tuju parti, susulan kemerosotan sokongan terhadap DAP, khususnya selepas prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bagaimanapun, memetik laporan Sin Chew Daily, beliau menegaskan, apa juga keputusan perwakilan, 40 Ahli Parlimen DAP tetap akan menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk…

Read More

Menyelamatkan PN perkara paling penting

MARANG 20 Feb. – Menyelamatkan Perikatan Nasional (PN), antara perkara paling penting dalam mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) PN Ahad ini di samping  membincangkan calon pengerusi baharu serta menyentuh pelantikan ketua pembangkang baharu di Parlimen. Timbalan Pengerusi PN merangkap Presiden Pas Abdul Hadi Awang, berkata Pas pada mesyuarat dijadual di Ibu Pejabat Pas di ibu negara akan mengambil alih teraju PN susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh pada akhir Disember lalu. “Kita akan bincang dan putuskan pengerusi baharu PN dan tak tolak kemungkinan turut dibincangkan…

Read More

Amanah sedia hadapi ‘kegilaan Akmal’

SEPANG 20 Feb. – Parti Amanah akan menggerakkan jentera pilihan raya mulai sekarang bagi menghadapi kemungkinan pertandingan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya Barisan Nasional (BN) menolak kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan, demi kepentingan negara, namun mengakui pilihan di tangan BN. “Kami terus mengharap bahawa keikhlasan yang ditunjukkan PH dalam berpakat akan dihargai dan mencorakkan keputusan BN. Tapi pada masa sama Amanah akan gerak jenteranya mulai sekarang untuk hadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN…

Read More

Polis siasat surat ugut masjid

NEW SOUTH WALES – Polis Australia memandang serius tiga surat ugutan yang dihantar ke Lakemba Mosque, masjid terbesar negara itu hanya beberapa jam sebelum bermulanya bulan Ramadan. Susulan itu, polis  melancarkan siasatan surat yang mengandungi gambar seekor babi dilukis dengan tangan serta ugutan untuk membunuh “umat Islam”. Menurut laporan penyiar tempatan, surat  itu turut merujuk kepada lelaki yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Christchurch. Dua surat terdahulu yang dihantar ke masjid itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini termasuk satu yang menggambarkan bangunan berkenaan terbakar. Pemimpin komuniti berkata perkembangan terbaharu itu menimbulkan…

Read More

Keamanan tidak wujud tanpa Palestin

MOSCOW – Tidak akan wujud keamanan atau kestabilan di Timur Tengah jika sebuah negara Palestin tidak dapat ditubuhkan, kata Menteri Luar Russia Sergey Lavrov. “Adalah menjadi keyakinan teguh kami yang tidak akan ada kestabilan atau ketenangan di sana tanpa sebuah negara Palestin,” kata Lavrov kepada penyiar Al Arabia. Beliau berkata menangani punca utama konflik adalah keperluan penting untuk menyelesaikan krisis Arab-Israel. Katanya, Russia melihat Arab Saudi sebagai rakan strategik dan percaya pandangan itu turut dikongsi oleh kerajaan berkenaan. “Negara kami menganggap Arab Saudi sebagai rakan strategik di rantau ini. Kami…

Read More

MRM tuhtut penjelasan DBKL

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Multiracial Reverted Muslims (MRM) memohon pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi penjelasan lanjut terhadap percanggahan fakta supaya tidak terus disalah tafsir oleh masyarakat. Pengerusi MRM, Muhammad Azim Abdullah Suhaimin, menjelaskan sejak awal, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan kepastian daripada pihak DBKL berkaitan keperluan lesen. Bagaimanapun, katanya, jawapan diberikan DBKL memaklumkan tiada lesen diperlukan kerana tiada urusan perniagaan dan aktiviti dijalankan di ruang awam, bukan dalam premis perniagaan. “Sepanjang 14 tahun Street Dakwah dijalankan, tiada larangan rasmi atau kompaun pernah dikeluarkan kepada MRM termasuk…

Read More