Tabung Solidariti Najib belum cukup

ALOR GAJAH  3 Nov. – Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan bagi mengumpul sumbangan awam bagi membantu bekas Perdana Menteri itu masih belum mencukupi, kata Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki Bagaimanapun sumbangan terus diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ada menyumbang serendah RM1, RM5 dan RM10 dengan kutipan harian mencecah sehingga RM10,000. Beliau berkata, perkembangan kutipan itu dipantau setiap jam oleh pegawai di ibu pejabat parti UMNO bagi mengetahui jumlah sumbangan yang diterima. Momentum dia baik, saya melihat setiap hari bantuan daripada orang ramai secara puratanya tidak kurang…

Read More

CDF bukan bahan tawar menawar politik

SEPANG 3 Nov.  – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa kerajaan menyalurkan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) secara saksama kepada semua kawasan pilihan raya, bukan menjadikannya bahan tawar menawar politik. Justeru IDEAS menggesa Kerajaan Madani menghentikan amalan mensyaratkan pemberian CDF dengan sokongan politik sebaliknya dana awam itu seharusnya di manfaatkan semua penduduk tanpa mengira fahaman politik wakil rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Aira Azhari, dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Madani wajar memastikan pembangkang dan rakyat mendapat hak sama. Beliau menegaskan, peruntukan CDF tidak sepatutnya dikaitkan dengan sebarang komitmen politik…

Read More

Tindakan keatas Shuhaily ikut perundangan

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Tindakan yang diambil terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain adalah mengikut proses perundangan sewajarnya selepas siasatan kes membabitkan beliau dijalankan, kata  Anwar Ibrahim. Perdana Menteri yang mengakui Mohd Shuhaily seorang pegawai yang mempunyai prestasi yang baik, bagaimanapun menegaskan ia tidak terkecuali daripada mengikut peraturan. “Jika tanya saya dari segi peribadi, saya simpati dengan beliau tetapi proses itu, bila ada dakwaan, sama ada daripada orang ramai atau polis, itu soal siasatan. “Jangan minta saya atau Menteri Dalam Negeri (Saifuddin…

Read More

Amanah yakin menang semua 7 kerusi

KUALA LINGGI 3 Nov. – Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yakin parti itu mampu memenangi kesemua tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang  ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, 14 November ini Beliau , berkata keyakinan itu selari sasaran Pakatan Harapan (PH) untuk membolot 18 daripada 24 kerusi DUN yang bakal ditandingi pada pilihan raya kali ini. “Amanah bertanding tujuh kerusi DUN… kita yakin akan memenangi semuanya, insya-Allah,” katanya pada sidang media selepas program kempen PH PRN Melaka di Telok Gong, di sini, malam tadi.…

Read More

Tiada ekstradisi pendakwah Zakir Naik

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kerajaan tidak mengekstradisi pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, ke India dan tidak memberi sebarang komitmen menyerahkan beliau kepada negara itu, kata Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hak Malaysia bawah Artikel 6 Triti Ekstradisi yang ditandatangani bersama Kerajaan India pada 2010 serta peruntukan Akta Ekstradisi 1992. Katanya, setakat ini kerajaan tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi baharu daripada India berhubung Dr Zakir. Dalam jawapan bertulis, beliau berkata, permohonan rasmi ekstradisi daripada Kerajaan India sebelum ini diterima pada 19 Januari 2018,…

Read More

Naik taraf Washington modal kempen

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menonjolkan projek naik taraf di Washington, dalam penampilan awam terakhirnya sebelum pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa. Trump yang sebelum ini bergiat sebagai pemaju hartanah menghabiskan lebih 20 minit memperincikan kerja-kerja naik taraf Kolam Pantulan Memorial Lincoln di Washington. Beliau menyentuh pelbagai aspek teknikal termasuk paip, sambungan, bahan penebat, kerja pelapisan semula granit, masalah alga dan kebocoran sempena pembukaan semula kolam berkenaan yang tertangguh. “Saya mempunyai banyak perancangan hebat untuk Washington,” kata Trump. Trump turut menyebut projek lain termasuk kawasan rumput di…

Read More

Ganjaran buru pengedar dadah

AMSTERDAM – Ganjaran sebanyak €2 juta ditawarkan bagi maklumat yang boleh membawa kepada penahanan Jos Leijdekkers, antara buruan paling dikehendaki di Eropah yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan kokain antarabangsa. Leijdekkers, 35, yang dikenali dengan “Bolle Jos” atau “Jos Gemuk”, disifatkan sebagai antara pemain utama dalam rangkaian pengedaran kokain antarabangsa. Menteri Kehakiman Belanda, David van Weel, berkata ganjaran dinaikkan sepuluh kali ganda susulan ancaman yang dibawa Leijdekkers terhadap keselamatan negara, kedaulatan undang-undang dan ketenteraman perundangan antarabangsa. Pendakwa raya Belanda pula menegaskan bahawa penangkapan Leijdekkers merupakan keutamaan tertinggi pihak berkuasa, sambil memberi…

Read More

Keliru jawapan, Speaker minta kemuka usul

KUALA LUMPUR 2 Nov.  – Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul meminta Ahli Parlimen mengemukakan usul berhubung dakwaan percanggahan kenyataan mengenai projek pembangunan luar bandar yang dikatakan ‘dikorbankan’ bagi membiayai peruntukan projek lain. Perkara itu dibangkitkan Chong Zhemin (PH-Kampar) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini. Zhemin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12), dengan mendakwa berlaku percanggahan kenyataan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan Menteri Kewangan II,  Amir Hamzah Azizan, berhubung perkara itu. Beliau turut meminta Ahli Parlimen Bagan Datuk…

Read More